Seandainya lelaki mengandung.
Mungkin macam kelakar je tajuk entri kali ini.
Tapi tajuk ini membuat aku terfikir seandainya lelaki berada ditempat
perempuan, mengalami saat sukarnya melahirkan anak.Pada aku,seorang lelaki
mengetahui apa itu makna mengandung,tentu dia akan rela senang hati mengganti
posisi isterinya melahirkan zuriat.Mungkin lelaki sanggup mengandung
berkali-kali demi mengalami kesaksian yang sangat berharga tu.Tapi hanya wanita sahaje yang dapat mengetahui proses
kejadian manusia mulai dari awal sehingga kelahiran.Lelaki hanya tahu dari
kata-kata orang lain sahaje.Lelaki tak pernah merasakan bagaimana
sebuah proses kejadian manusia dari tiada kepada ada.Lelaki tidak pernah mengalami sebuah kesaksian bagaimana tertiupnya roh
ke dalam daging.Pengalaman yang tak dapat diganti dengan apa
– apa pun keterangan.Tidak hairanlah kalau kaum lelaki yang paling lantang
berdebat tentang soal Tuhan.Sebab lelaki tak berapa paham,tak penah merasai dan
sudah lupa asal kejadiannye.
“Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan
kepadanya ruh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya(Shaad
:72)”
Teruja ” Abang, baby kita
bergerak “ kata ibu bile pertama kali kandungannye
bergerak.Saat tu masuklah Roh ke segenggam daging.Ibu menjadi saksi ketike prose
sampai. Sebuah kebahagiaan dan kerinduan begitu membara didalam sanubari ibu.Rasa
sayang meluap-luap memenuhi alam. Ibu faham bahawa roh itu satu walaupun
terpisah oleh daging yang bernama ibu dan anak,tak hairanlah jike Rasulullah
menyuruh kita untuk berbakti kepada ibu sampai tiga kali lebih daripada
seorang ayah. Syurga pun di bawah tapak kakinya.Tapi bagaimanakah kita memahami
hadis syurga berada di telapak kaki ibu?Ikatan batin ibu dengan anak
memang luar biasa. Memunculkan kerinduan yang sangat hebat. Ibu dan
anak adalah dua sinergi yang bahu membahu saling melepaskan keduniaan demi
mencapai makna hidup.
“Untuk itu, bersiaplah dicereweti oleh isteri. Anggap sahaja
isteri sebagai pelatih profesional dalam menundukkan hawa nafsu kita. Maka
tidak hairanlah kenapa setiap proses ijab kabul dimulakan ucapan syahadat.
Sebab makna pernikahan adalah menempuh kebaharuan hidup menjadi mahluk yang
bersaksi atas proses ketuhanan.”