Di sini marilah kite ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru
kat dyorg,kite mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak
cucu.Eh! hingga ke anak cucu saje ke?ato hingga ke akhir hayat?Takkan sampai akhir hayat saje,lepas tu macam ne lak alam akhirat?Sebenarnye ape ucapan yang paling baek untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga nie?
cehhh!
Dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi
Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham,orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”
bile dengar yang demikian Aqil berkata,“Janganlah kamu mengatakan
demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang
demikian.”
Mereka lalu bertanya,“Jika demikian, apekah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu berdua).Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah
s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju
Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita
mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut
beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan
banyak anak.”Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu
gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan
bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.Wallahu’alam.
last hapy wadding pet :] ikhlas dari ikakoainika-
No comments:
Post a Comment