Ujian - Boleh jadi,mudah untuk kite berbicara tentang sesuatu perkara.Tetapi,bila masa
itu tertuju pada diri.ketika itulahh kite akui bahawa langit itu rendah
atau tinggi.Dan,ketika itu juga hidup yang dahulunya indah dan mudah,
kini menjadi porak peranda.Kite hilang punca.Kite hampir hilang daya.
Kite tersepit.
Menangis -Walau
tidak berguguran airmata, tetapi hati kite meronta-ronta.Batin
terseksa.Kita kalah dengan diri sendiri.Di hadapan manusia, kita cuba
memberikan yang terbaik. Kita mengatakan hidup kita ini baik. Sentiasa
baik.Hakikatnya, diri sendiri sedang diuji.Dan manusia lain, tidak
mampu mengerti.Tidak sekali-kali.
Sendiri -Bawa
diri jauh-jauh.Kita bersembunyi.Sehinggakan, orang lain kita terpaksa
menolak tepi. Menyendiri. Jujur pada diri sendiri, kita masih lagi
tewas dengan diri ini. Kita masih belum mengerti. Perkara masih belum
selesai lagi. Diri, masih lagi tetap begini. Begini.. begini.. dan terus
begini.
Adakah hidup akan berakhir ketika ini?
Tuhan,
jadikan kehidupan itu dengan mempunyai tujuan. Dalam tujuan itu,
dijadikan pula ujian. Tanpa ujian, kita tidak akan kenal erti kehidupan.Tanpa ujian dan kehidupan, kita pasti tidak kenal siapa itu Tuhan. Jauh
perjalanan, tiba-tiba kita tersesat jalan. Maka, kembalilah ke pangkal
jalan. Kembali ke pangkal jalan itu, bukan bermaksud kita berundur.
Tetapi, baliklah kepada Tuhan. Kita perlukan Tuhan untuk meneruskan
perjalanan. Kita perlukan Tuhan untuk memperbaiki kehidupan. Kita
perlukan Tuhan, kerana kita ini hanyalah insan.
Istighfar…
Kembalilah
ke pangkal jalan. Eratkanlah diri dengan Tuhan.Peliharalah hubungan
sesama insan dan Tuhan.Insya Allah,Tuhan akan membuka sejuta jalan.Jalan itu, pasti kita tidak akan keseorangan. Kerana,kita mempunyai
Tuhan.
No comments:
Post a Comment