Sekiranya kita selalu mengganggap setiap kebaikan pasti akan
dibalas dengan kebaikan, maka sebenarnya kita salah.Dalam dunia nyata
yang melibatkan perhubungan sosial manusia sesama manusia – tiada kepastian
seperti itu.Tidak ada jaminan bahawa kebaikan yang kita lakukan akan dilihat
sebagai sesuatu yg baek oleh orang lain, apatah lagi untuk dibalas juga dengan
kebaikan.Walau bagaimanapun, kita juga harus beringat bahawa tidak semestinya
kebaikan selalu dibalas dengan keburukan.Ada sebuah kisah mengenai seorang
wanita yang hobinya suka menulis. Setiap hari dia akan menunjukkan kemampuan
menulisnya dengan update status dan catatan yang sudah tentu dianggapnya bagus.Dia
sering “tag” sahabat-sahabat facebooknya dengan harapan catatan statusnya itu
akan mendapat maklumbalas.Kini dia sedang dirawat di rumah sakit jiwa.
Mengapa?
Sebenarnya dia tidak kuat untuk menanggung dan menerima
kritikan. Dia tertekan..Apa yang dapat disimpulkan, dia tidak bersedia untuk
menerima keburukan yang dilemparkan oleh orang lain kepadanya.Dia merasakan
dirinya sudah menulis perkara yang baik dan menganggap penulisannya memberi
manfaat untuk pembaca, khususnya teman-teman yang ditagged.Dia beranggapan
kebaikan perlu dibalas dengan kebaikan juga. Tetapi sebaliknya, susu dibalas
dengan air tuba. Dia fikir dia sudah melakukan perkara yang baik dan tidak
patut ada orang mengkritiknya.
Terima kenyataan!
Kita perlu menerima kenyataan, bukan selalu kebaikan
diterima secara baik oleh orang lain. Kebaikan tidak semestinya dibalas dengan
kebaikan –
Hakikat yang perlu kita terima.
Mungkin kita menyesali perkara itu.
Tiada orang baik sepanjang waktu
Perlu kita ketahui tidak semua orang itu baik sifatnya,
apatah lagi untuk baik sepanjang waktu. Kecuali Rasulullah – selalu bersifat
baik kerana Allah menjadikannya bersifat seperti itu.Bagaimana pula kita?
manusia biasaSelain daripada itu, memang jarang ada orang yang sentiasa
baik sikapnya. Tetap ada kekurangan dan kelemahannya dimana-mana. Pernah
berbuat khilaf dan dosa.
Jangan mengharap perbuatan kita
dibalas dengan kebaikan
Orang baik tentu membalas kebaikan dengan kebaikan. Apabila
tidak dapat melakukan kebaikan pun, dia tidak melukai hati orang yang melakukan
kebaikan.Tetapi pada asasnya, kita mesti menerima kenyataan bahawa tidak
mungkin kebaikan yang kita berikan sentiasa dianggap baik oleh orang lain.Ini
adalah realiti. Jangan mengharap selalu dibalas dengan kebaikanMari kuatkan
hati! =)AKUISLAM
No comments:
Post a Comment