Friday, November 30, 2012

Battel my way to Jannah



 Battel my way to Jannah
Aku jugak wanita.Seperti kalian.Aku jugak pena tersasar dari landasan suatu ketika dulu.Aku jugak pena dikecewakan,dipermainkan, dan dipersendakan, oleh insan yang bernama lelaki.
Aku yakin kamu jugak pena.Kamu yang bernama wanita.Kamu pena memberi hati kamu dengan seikhlas hati,ditabur janji manis tinggi ke langit,dihambur kata-kata yang membuat kamu berada di awangan,kamu jugak pena tersenyum lebar kerana berasa diri disayangi,ditatang bagai minyak yang penuh, dan hidup kamu jugak dipenuhi dengan kebahagiaan kan kan.Alangkah indahnya jika dia yang halal buat aku (kamu).Kan sayang?

Tuesday, November 13, 2012

sekadar pengkongsian::)

ASSALAMULAIKUM
Tanpe sebuah persefahaman,takkk mungkin istane yang dibina menemui kebahagiaan yang diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi sekalipon,jike tersurat kasih dan sayang dua insan,pasty menemukan ketulusan yang abadi.(ceh wahh).Dalam melayari rumah tangga berdua nanti,mesty banyak onak terpakse dilalui.Hanye mereka mereka yang kuat,tabah dan mampu mehadapi segalanye nanti::)
Perunding motivasi & keluarge, Datuk Dr Fadzilah Kamsah bagi 63 petua yang boleh dijadikan amalan kat pasangan suami isteri yang melayari rumah tangge & 
bakal melayari alam berumah tangge.
  • 1. Doa yang berterusan.
  • 2. Patuh ajaran agama.
  • 3. Murah dengan pujian.
  • 4. Murah dengan khidmat.
  • 5. Murah dengan belaian kasih sayang.
  • 6. Murah dengan sentuhan.
  • 7. Mencari kebaikan pasangan.
  • 8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
  • 9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
  • 10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
  • 11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
  • 12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
  • 13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
  • 14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
  • 15. Tolak-ansur.
  • 16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
  • 17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
  • 18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
  • 19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
  • 20. Sanggup berkorban buat pasangan.
  • 21. Menghormati pasangan.
  • 22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
  • 23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
  • 24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
  • 25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
  • 26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
  • 27. Meletakkan hak kepada pasangan.
  • 28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
  • 29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
  • 30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
  • 31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
  • 32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
  • 33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
  • 34. Memahami peranan ‘pasangan’.
  • 35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
  • 36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
  • 37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
  • 38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
  • 39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
  • 40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
  • 41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
  • 42. Sentiasa berterus terang.
  • 43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
  • 44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
  • 45. Elakkan salah pasangan.
  • 46. Cari titik pertemuan.
  • 47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
  • 48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
  • 49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
  • 50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
  • 51. Seimbangkan hubungan dari segi:
      (a) Mental, pendidikan dan ilmu
      (b) Emosi
      (c) Fizikal dan ekonomi
      (d) Sosial
      (e) Spiritual
  • 52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
  • 53. Tidak terlalu mengongkong.
  • 54. Tidak bertindak bersendirian.
  • 55. Memberi peluang untuk berbeza:
     (a) Pendapat atau pandangan
     (b) Hobi
     (c) Kegemaran
     (d) Makanan
     (e) Cita rasa
     (f) Warna pilihan dan pelbagai
  • 56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
  • 57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
  • 58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
  • 59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
  • 60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
  • 61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
  • 62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
  • 63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t 
  • COPY AT http://luvislam92.blogspot.com

Monday, November 12, 2012

H>A>T>I


Hati!sape yang boleh tao hati seseorang?sape yang dapat memahami hati seseorang?isi hati seseorang?
sape yang dapat menyelami seberape dalamnye hati seseorang?Bile kite melihat seseorang tersenyum apekah die betol betol bahagia?bile seseorang menages adekah itu bererti die tengah bersedih?adekah kenyataannye seperti yang kite lihat?Hati!takk ade sorang pun yang tao.kadang kadang kite takk dapat memahami ape yang ade at dalam hati.Ape yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan ape yang ade dalam hati.  Bukan hipokrit tapi kadang kadang orang lain takk perlu tao ape yang sebenarnye kite rasakan.bile kite bahagie,takk perlu kod kite tunjuk kan kebahagian itu kepade orang lain.Ketike kite bersedih takk perlu juga mereka mereka diluar sane mengetahui seberape saket yang menimpa kite hingga membuat kite bersedih::(.
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”
Dalam hati kite siape yang tao?senyum:) kite masih ade,tawa kite,kadang kadang masih terlihat,gurauan itu jugak masih kite berikan kat setiap orang di dekat kite,takk ade yang tao disebalik ape yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kite sebenarnye kite tengah terluke.nak menage rasenye menahan kesakitan kelukaan di hati kite.xde sape yang tao.Hanye Allah dan kite jee  yang tao,hanye Allah tempat kite mengembalikan semua rase di dalam hati,hanya Allah pengubat hati,Hanye dengan mengingat Allah lahh kite berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan seseorang merenggut kebahagian kite(cehhWahh).
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kite,dengan menemani butiran air yang menitis dari kelopak mate. 

Sabda Rasulullah :
Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”  
(Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir


YaAllah..
Semue datangnye dari Engkau dan semue akan kembali kepade Engkau,make aku serahkan semua rasa ini kepadeMu YaAllah,Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan,Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepade aku.Hanye Engkau YaAllah yang mengetahui dengan benar dalamnye hati aku,make aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu YaAllah Amin Allahumma Amin

Thursday, November 1, 2012

KENAPA DAN MENGAPA?

AURAT

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
.
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”surah an-Nur ayat 31