Thursday, January 3, 2013

setelah aku kau miliki



Mereka lihat ku tersenyum
Gembira bagai tiada duka
Begitu indah dipandangan
Tapi hatiku keretakan bagai sinar
Purnama terang yang terbakar
Setelah aku kau miliki
Mana janjimu yang sejati
Segala bagai kiambang
Zahirnya nampak berkembangan
Akar tak jejak di dasaran
Terluka cintamu itu
Jelmaan yang mendatang
Meragut menggoda
Membenam binasa cinta
Aku di genggaman
Engkau lepaskan
Kerna memburu khayalanmu
Yang menjanjikan
Rembulan keribaanmu
Engkau kehancuran
Tidakku mampu membencimu
Biarpun cuba ku lepaskan
Tapi rantaimu mengunciku
Di kota cinta jelmaanmu
Tidakku rela dibinasa
Bersama cintamu itu

ujian menangis sendri

Ujian - Boleh jadi,mudah untuk kite berbicara tentang sesuatu perkara.Tetapi,bila masa itu tertuju pada diri.ketika itulahh kite akui bahawa langit itu rendah atau tinggi.Dan,ketika itu juga hidup yang dahulunya indah dan mudah, kini menjadi porak peranda.Kite hilang punca.Kite hampir hilang daya. Kite tersepit.

Menangis -Walau tidak berguguran airmata, tetapi hati kite meronta-ronta.Batin terseksa.Kita kalah dengan diri sendiri.Di hadapan manusia, kita cuba memberikan yang terbaik. Kita mengatakan hidup kita ini baik. Sentiasa baik.Hakikatnya, diri sendiri sedang diuji.Dan manusia lain, tidak mampu mengerti.Tidak sekali-kali.

Sendiri -Bawa diri jauh-jauh.Kita bersembunyi.Sehinggakan, orang lain kita terpaksa menolak tepi. Menyendiri. Jujur pada diri sendiri, kita masih lagi tewas dengan diri ini. Kita masih belum mengerti. Perkara masih belum selesai lagi. Diri, masih lagi tetap begini. Begini.. begini.. dan terus begini.
Adakah hidup akan berakhir ketika ini?

Tuhan, jadikan kehidupan itu dengan mempunyai tujuan. Dalam tujuan itu, dijadikan pula ujian. Tanpa ujian, kita tidak akan kenal erti kehidupan.Tanpa ujian dan kehidupan, kita pasti tidak kenal siapa itu Tuhan. Jauh perjalanan, tiba-tiba kita tersesat jalan. Maka, kembalilah ke pangkal jalan. Kembali ke pangkal jalan itu, bukan bermaksud kita berundur. Tetapi, baliklah kepada Tuhan. Kita perlukan Tuhan untuk meneruskan perjalanan. Kita perlukan Tuhan untuk memperbaiki kehidupan. Kita perlukan Tuhan, kerana kita ini hanyalah insan.



Istighfar…
Kembalilah ke pangkal jalan. Eratkanlah diri dengan Tuhan.Peliharalah hubungan sesama insan dan Tuhan.Insya Allah,Tuhan akan membuka sejuta jalan.Jalan itu, pasti kita tidak akan keseorangan. Kerana,kita mempunyai Tuhan.