Thursday, July 10, 2014

Seandainya lelaki mengandung.



Seandainya lelaki mengandung.
Mungkin macam kelakar je tajuk entri kali ini. Tapi tajuk ini membuat aku terfikir seandainya lelaki berada ditempat perempuan, mengalami saat sukarnya melahirkan anak.Pada aku,seorang lelaki mengetahui apa itu makna mengandung,tentu dia akan rela senang hati mengganti posisi isterinya melahirkan zuriat.Mungkin lelaki sanggup mengandung berkali-kali demi mengalami kesaksian yang sangat berharga tu.Tapi hanya wanita sahaje yang dapat mengetahui proses kejadian manusia mulai dari awal sehingga kelahiran.Lelaki hanya tahu dari kata-kata orang lain sahaje.Lelaki tak pernah merasakan bagaimana sebuah proses kejadian manusia dari tiada kepada ada.Lelaki tidak pernah mengalami sebuah kesaksian bagaimana tertiupnya roh ke dalam daging.Pengalaman yang tak dapat diganti dengan apa – apa pun keterangan.Tidak hairanlah kalau kaum lelaki yang paling lantang berdebat tentang soal Tuhan.Sebab lelaki tak berapa paham,tak penah merasai dan sudah  lupa asal kejadiannye.
“Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya ruh Ku; maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya(Shaad :72)”
Teruja ” Abang, baby kita bergerak “ kata ibu bile pertama kali kandungannye bergerak.Saat tu masuklah Roh ke segenggam daging.Ibu menjadi saksi ketike prose sampai. Sebuah kebahagiaan dan kerinduan begitu membara didalam sanubari ibu.Rasa sayang meluap-luap memenuhi alam. Ibu faham bahawa roh itu satu walaupun terpisah oleh daging yang bernama ibu dan anak,tak hairanlah jike Rasulullah menyuruh kita untuk berbakti kepada ibu sampai tiga kali lebih  daripada seorang ayah. Syurga pun di bawah tapak kakinya.Tapi bagaimanakah kita memahami  hadis syurga berada di telapak kaki ibu?Ikatan batin ibu dengan anak memang luar biasa. Memunculkan kerinduan  yang sangat hebat. Ibu dan anak adalah dua sinergi yang bahu membahu saling melepaskan keduniaan demi mencapai makna hidup.
Untuk itu, bersiaplah dicereweti oleh isteri. Anggap sahaja isteri sebagai pelatih profesional dalam menundukkan hawa nafsu kita. Maka tidak hairanlah kenapa setiap proses ijab kabul dimulakan ucapan syahadat. Sebab makna pernikahan adalah menempuh kebaharuan hidup menjadi mahluk yang bersaksi atas proses ketuhanan.”