Tuesday, December 11, 2012

terimakasih



Assalamulaikum dan Allhamdulillah,aku dipanjangkan umur sampai ke hari ini,teruja dan bermakne rasenye hidup ini,walaupon kadang kadang aku mengeluh itu ini.Hidup ini sentiase dipermudahkan kalo aku lagi dekat denganNYA INSYALLAH.Ketike saat air mate berkace dimate,ketike air mate turun dipipi,saat aku jatuh bangon,walupon susah,aku terpakse teruskan,tapi tetap cube perlahan lahan,tak dapat banyak tetap berbaloi.terima kasih dekat orang-orang yg ada saat jatuh bangun aku ,aku sentiasa mendoakan kamu semua mendapat balasan yg baik sebab budi kau orang Allah yg mampu balas. 

Indahnya kalau saling menghargai . give and take.Pengalaman mengajar erti hidup yg kita kena banyak bersabar dari memberontak . kan ? buat jelahh selagi kita mampu dalam masa yang sama berharap agar yang lainnya mengerti.Cukupla ada yang mendengar yang menahan karenah.

Untuk mak abah,terima kasih sebab buad yang terbaik dalam hidup ini.semoga mak abah dipanjangkan umur dan di murahkan rezeki Amin.

Untuk along adik,sory sebab kadang kadang aku takk boleh jadi yang terbaek untuk kaurang.tapi INSYALLAH satu hari nanti,ade mase dipanjangkan usia ini,pasty ade kebaek kan yang kaurang akan nampakINSYALLAH

Untuk myamor yang masih bersama aku , terima kasih sayang (': sebab kau sentiase ade disebelah aku saat aku jatuh,kau lahh racun dan kau lahh jugak penawar aku,terlalu banyak liku liku yang kau tempuh selame kau bersame aku,selame 6-7 taon nieh kau sentiase sabar dengan kerenah aku selame ini.

Untuk sahabat walupon kau jao di mate,kaurang sentiase dekat dihati aku,walaupon dulu  mase kite singkat,tapi aku nak kaurang tao aku sentiase letak kaurang di hati aku,maafkan aku jika ade kekurangan aku sebagai sahabat kaurang.-ika-papa-ira

Untuk teman,kau memang gile gile buat aku,kadang kadang aku susah nak faham kau,dengan kau nieh memang boleh hiburkan hati je,pape pon,terima kasih sebab jadi kawan aku dr kecik sampai besar-cemah.

*makin canggih pulak semuanya nak hupdate ! sekian terima kasih

Saturday, December 8, 2012

Yang Terpilih

I am lucky
Salam semua :)
Okey entry malam nieh,memang entry mengade ngade sikit.EVEN dah bertunang pon,aku tetap nak taip entry nieh,kalo boleh nak hari2 taip pasal nieh.hahahahah!melampau betol.
KENAPA AKU BERUNTUNG ADE KAU? :") :~
  • 1) *Jawapan ni paling paling paling rasa terlalu jujur* Sebab kau hensem! -tak kiralah betul atau tak,kau tetap yang terpaling hensem bagi aku dalam. 
  • 2) Sebab senyuman kau.Tak payah pujuk aku susah payah,tengok muke kau senyum cukuplah. :) - kan ni benda yang paling buat aku jatuh hati. 
  • 3) Sebab kau sekepale dengan aku. ouh kau ni memang sekepale dengan aku. HAHAHA :p
  • 4) Sebab kau sentiase ade untuk aku.Even kadang kadang kau punya respon tu macam, hmmmm!!. Tapi kau cube jugak ade untuk aku. 
  • 5) Walau marah mana sekalipun kau dengan aku,kau tetap cari aku. Banyak je perempuan lain kat luar sana yang lebih baik dari aku kod,HAHHAHA
  • 6) Kau kuat bergurau walaupon aku tao kau nieh garang orang nye!HAHAHHA
  • 7) Seteruk perangai kau sebenarnye yang aku selalu komplen komplen dulu,kau sebenarnya dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk aku.sebab tuh aku makin sayang kat kau.
  • 8)Kkau cuba jugak letak aku di depan lebih dr kawan aku sebenarnye.Tapi kadang kadang berjaya kadang kadang tak.HAHAHAH Asalkan aku dah ada dalam hati kau.
  • 9) Kau takk pernah berkire dengan aku.jarang dengar kau kata TAK untuk setiap ape yang aku mintak *aku xmintak la emas permata beli ini bagai bagai*.Even kalau aku tak bagi, kau akan cakap OKEY tapi disebalik OKEY tu ade maksud TAK.aku faham dah ;p
  • 10)Kau selalu buat aku bahagia,kau selalu buat aku senyum, kau selalu buat aku terkejut- SELALU. HAHAHAHA. 

You really, SOMETHING. :) 
*KERANA KAU YANG TERBAEK SEPANJANG PERKENALAN KITE.


H A T I < 3

“Kenape ketike seseorang sedang marah,dy akan bercakap dengan suara kuat atau menjerit?”
“Kerane dy telah hilang sabar,sebab itu dy menjerit.”
“Tapi…”
“Orang yang dimarahinyee hanye berade dekat dengan dy.kenape perlu menjerit? Kenape dy takk bercakap dengan lembut?”
-membisu-
....
...
..
.

“Ketike dua orang sedang berade dalam kemarahan,jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupon secara luaran mereka begitu dekat.sebab itu,untuk mencapai jarak yang demikian,mereka harus menjerit,semakin kuat mereka menjerit,semakin mereka menjadi marah dan dengan sendirinye jarak hati yang ade di antare mereka menjadi lebih jauh lagi.sebab itu mereka terpaksa menjerit lebih kuat lagi.”
“Sepatutnye,ape yang terjadi bilee dua orang saling jatuh cinta?
Mereka sepatutnyee takkperlu menjerit,mereka bercakap dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan perlahan,Seperlahan bagaimana pun,kedua-duanye masih dapat mendengar dengan begitu jelas.
kenape?”
“sebab hati mereka begitu dekat,hati mereka takk ade jarak.Sepatah kate pun tak perlu diucapkan.Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami ape yang ingin mereka sampaikan.”

 Ketika kita sedang dalam kemarahan,janganlahh hati kite mencipta jarak.Lebih  lagi mengucapkan kate yang mendatangkan jarak hati diantare kita. Mungkin di saat seperti itu,diam mungkin merupakan cara yang bijaksana.sebab waktu akan membantu kita.::)




Wednesday, December 5, 2012

kisah Muezza

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

*Ada sesetengah dari kita sanggup membiarkan kucing kelaparan. Mungkin ramai yang tidak mengetahui balasannya. Nak baca kisah sedih kucing tak?
*saya pun suka kucing, ada semua suka kucing tak? sunnah nabi ni..hi3 :)

dari: http://akuislam.com/blog

Tuesday, December 4, 2012

Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

  •  1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
  • 2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
  • 3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
  • 4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
  • 5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
  • 6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
  • 7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
  • 8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
  • 9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
  • 10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
  • 11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
  • 12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
  • 13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
  • 14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
  • 15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
  • 16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
  • 17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
  • 18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
  • 19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
  • 20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
  • 21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
  • 22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah
  •