Monday, July 9, 2012

doa hati ini

Bila perkara kurang baik berlaku, kite terus melenting dan bertanya, kenapa Allah buat aku cam nie tanpa memikirkan besarnya pertolongan yang datang daripada ujian yang kite anggap sebagai kurang baik.Dan kite mengingati Allah pada saat itu dengan sungguh-sungguh dan Allah permudahkan kite melalui jalan pahit tadik. Bila perkara baik datang je, ingat Allah pun tidak tetapi GAH dan bangga dengan diri sendiri. Dan tanpa kite sedar,Allah telahpun menukilkan keadaan ini dalam Quran yang tak semua Muslim tahu akan kandungannya, sedihkan:( dengan itu aku berdoa “Ya Allah, ku mohon Engkau buka besar-besar hati ini untuk menerima ujian-Mu. Letakkanlah rasa redha ke dalam hati ini, ya Rabb. Jangan Kau buat hati ini tersesat kerana perasaan yang melampau, ya Allah. Engkaulah penentu takdirku. Engkaulah Pencipta-ku. Engkaulah yang maha Esa. Ya Allah, dengarlah rayuan hamba-Mu ini. Alhamdulillah, hati rasa sedih. Alhamdulillah, Engkau menguji ku. Alhamdulillah, Engkau betulkan hakikat hidup ini. Maka Engkau lapangkanlah dada ini dan rehatkanlah ia. Sungguh sedih hati ini apabila mengetahui bahawa diri tidak mampu mengawal perasaan ini. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang sabar, Ya Rabb. Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim.” amin
via-ikakociko

No comments: