Monday, September 17, 2012

hapy wedding pet

Di sini marilah kite ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kat dyorg,kite mendoakan bahagia berkekalan hingga ke anak cucu.Eh! hingga ke anak cucu saje ke?ato hingga ke akhir hayat?Takkan sampai akhir hayat saje,lepas tu macam ne lak alam akhirat?Sebenarnye ape  ucapan yang paling baek untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga nie?
cehhh!

Dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham,orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”
bile dengar yang demikian Aqil berkata,“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya,“Jika demikian, apekah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan barakah2.jpg (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu berdua).Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “ barakah1.jpg (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
barakah3.jpg(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.Wallahu’alam.

last hapy wadding pet :] ikhlas dari ikakoainika-

No comments: