Wednesday, May 20, 2015

"ibu tak sayang adik ke?"

Assalamulaikum,hey pembaca:)
Perasan tak,ape yang terjadi pada dunia akhir zaman ini? pembungan bayi,penderaan bayi malah ada yang jadi setan, sanggup membunuh.

Allah. tak terbayang dan tak terkata rasanya. hati merintis menagis.terlalu banyak persoalan.
bayangkan seandainya bayi boleh berbicara jika ditakhdirkan TUHAN bayi tersebut boleh berkata-kata?Atas kehendak TUHAN,bayi tersebut merintih kesakitan.


“ibu, tolong, adik takut ibu, tempat nie gelap ibu, ibu kanapa ibu tinggalkan adik dekat sini ibu, apa salah adik ibu? Cacatkah adik ibu? Tolong adik ibu, adik tak mintak apa-apa dari ibu, adik tak mahu tilam-tilam empuk yang mengalas tubuh adik, cukuplah tangan ibu yang memeluk adik daripada kesejukan ibu, ibu adik takut, tempat apa nie ibu? Adik nak duduk dengan ibu, dengan ayah, mana ayah?? Kenapa adik duduk tempat macam nie ayah?? ibu kenapa ibu tak peluk adik, cium adik, mandikan adik?? Jijik ke ibu pada adik?? Kenapa ibu?? Adik tak salah, ibu, adik haus ibu, adik nak susu, adik lapar ibu, ibu!! Jangan tinggalkan adik.. mama. Kenapa badan adik rasa sakit sakit?, adik sakit ibu, tolong bu.adik nak melihat dunia ibu, adik nak ibu dengan ayah cium adik.. adik nak bersama-sama orang-orang yang adik sayang.ibu maafkan adik kalau kelahiran adik menyusahkan hidup ibu dan ayah. Adik tak bermaksudkan menyusahkan ibu.. adik sayang ibu.walaupun sepanjang adik dalam kandungan ibu bagi makanan yang tak sihat, tapi kenapa ibu buat adik? ......................



Bayangan sebegini tak akan muncul dalam benak mereka yang tak berhati perut.bayangkan anda berada di tempat ‘anak buangan sebegini’ perit untuk menunggu maut, memekik, melolong kesakitan, tanpa dapat meminta tolong.jeritan yang tiada kesudahan.anda sendiri bertuah kerana ada ibu bapa yang membesarkan anda.tapi kenapa anda melakukan perbuatan kejam ini? Walhal anak yang dilahirkan itu, atas dasar kebodohan diri sendiri. Ya Allah.

No comments: